Sunday, 18 November 2012

8 November 2012

https://www.facebook.com/asiah.abdjalil.7/posts/448886488506828

Seluruh keluarga baru balik dari Dataran Merdeka, solidariti menuntut pembebasan Ahmad Abd Jalil.

Terima kasih kepada penganjur yang berjiwa satria.

Terima kasih kepada khalayak yang hadir, tidak kira siapa pun anda.

Terima kasih kepada pejuang rakyat yang memberi ucapan.

Terima kasih kepada ahli keluarga yang teguh berjuang.

Terima kasih buat anak-anak kecil yang seronok berhujan.
 
http://www.themalaysianinsider.com/litee/bahasa/article/sokong-pakatan-demi-keadilan-ahmad-kata-bapa/ 
"Kami hanya rakyat biasa yang inginkan keadilan dilaksana di sebuah negara bernama Malaysia."
 
https://www.facebook.com/photo.php?v=10151271057954721 

"Demi perjuangan membebaskan Ahmad, saya lupakan fakta bahawa saya baru saja lepas menjalani pembedahan dan masih recovering."
 
https://www.facebook.com/photo.php?v=10151271095949721 
"Ucapan dari kembar Ahmad, Ali Abd Jalil. Mereka berdua telah bersama sejak di alam rahim lagi. Kezaliman dan ketidakadilan yang Ahmad lalui tentulah sangat dijiwai oleh kembarnya."
 
https://www.facebook.com/photo.php?v=10151270963799721 
"Kalau bukan rakyat yang ubah sistem yang zalim ini, siapa lagi?"
 
https://www.facebook.com/asiah.abdjalil.7/posts/449006275161516 
Sekumpulan polis sedang berada di hadapan rumah saya sekarang, pagi-pagi buta at 6.30 am. Insist untuk ambil statement dari saya dan ahli keluarga sekarang (at this time? no female police officer?). This is a form of intimidation!
 
https://www.facebook.com/asiah.abdjalil.7/posts/449057511823059 
TAHNIAH kepada pasukan polis dari Johor Bahru diketuai ASP Tan yang datang ke rumah saya di Klang sebentar tadi. Mereka menggunakan budi bicara sebelum search. Minta izin secara baik untuk masuk ke rumah. Mereka tunggu saya, ibu saya dan anak saya lengkap menutup aurat sebelum masuk.

Sikap professionalism polis patut dipuji. Bak kata Ali Abd Jalil di Dataran Merdeka malam tadi, "Bila rakyat tengok polis ikut undang-undang, rakyat juga akan ikut undang-undang!"
 
https://www.facebook.com/asiah.abdjalil.7/posts/449093281819482 
Zainin Bidin
Kami doakan Ahmad selamat dan segera dibebaskan. Sabar banyak2 dan teruskan segala usaha selagi boleh. Walaupun jauh Cik Ja boleh rasa macamana keadaan di sana. Take care and kirim salam kat mak, ayah Kak Lang.
 
https://www.facebook.com/drsyedkhaliq/posts/378319942250470 
Syed Abdul Khaliq
Semoga Allah beri kekuatan kpd sahabat ana Mohd Hatta Saadon dan Asiah Abdul Jalil serta keluarga — with Mohd Hatta Bin Saadon and Asiah Abd Jalil.

https://www.facebook.com/asiah.abdjalil.7/posts/449260371802773
<Perjuangan Ahmad Abd Jalil menentang kezaliman>

Ahmad Abd Jalil didakwa, dua pertuduhan di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia. Baru dibebaskan dengan jaminan RM5 000 bagi setiap satu kesalahan. Allahuakbar!

https://www.facebook.com/asiah.abdjalil.7/posts/449262091802601
<Perjuangan Ahmad Abd Jalil menentang kezaliman>

Ahmad dipaksa mengaku dan TERPAKSA MENGAKU setelah polis memberitahu beliau ...

1) seluruh ahli keluarga sedang bersedih
2) MAK KAMI SANGAT SEDIH DAN NASIHATKAN AHMAD MENGAKU
3) isteri Ahmad sangat sedih dan kecewa bersuamikan Ahmad
4) kami tak mampu nak hire lawyer yang baik, kes Ahmad tiada siapa nak bela dan akan kalah teruk
5) Ahmad telah menyusahkan seluruh ahli keluarga
6) ahli keluarga rasa marah kerana diganggu oleh polis disebabkan perbuatan Ahmad

Pengakuan Ahmad diambil secara tipu helah. Polis gagal buktikan bahawa Ahmad ialah Zul Yahya yang menghina Sultan Johor. Mereka gunakan cara kotor!
 
https://www.facebook.com/asiah.abdjalil.7/posts/449262991802511 
<Perjuangan Ahmad Abd Jalil menentang kezaliman>

Pendakwaan kes Ahmad dikendalikan oleh Ketua Pegawai Pendakwaan Negeri Johor. Ketika peguam Ahmad, Mohd Radzlan Jalaludin bertanya, adakah ada any interference dalam kes Ahmad, dia berkata di dalam mahkamah, "Saya tak pernah masuk istana, dah tiga tahun dah saya kat sini. Saya cakap kuat-kuat ni, biar semua orang dengar."
 
https://www.facebook.com/asiah.abdjalil.7/posts/449263878469089 
<Perjuangan Ahmad Abd Jalil menentang kezaliman>

Ahmad dikenakan DUA pertuduhan di bawah AKTA yang SAMA, di bawah SEKSYEN yang SAMA, kerana DUA LAPORAN POLIS atas KESALAHAN YANG SAMA.

Saya sudah tengok kedua-dua pertuduhan. Saya hanyalah budak law yang bodoh. Tapi saya tergelak kerana seteruk itu mereka draft charge against Ahmad.
 
https://www.facebook.com/asiah.abdjalil.7/posts/449264728469004 
<Perjuangan Ahmad Abd Jalil menentang kezaliman>

Ahmad terkejut bila kami maklumkan, betapa kes Ahmad telah mencetuskan fenomena kebangkitan rakyat. Berita penahanan Ahmad kerana menghina Sultan Johor telah tersebar ke seluruh dunia. Gerakan bebaskan Ahmad bekerja siang malam untuk memastikan Ahmad mendapat keadilan. Keluarga kami telah berhempas pulas berusaha apa jua cara yang termampu untuk memastikan keselamatan Ahmad.

Sepanjang ditahan, Ahmad diyakinkan bahawa tiada siapa yang peduli dengan nasib beliau. Namun Ahmad masih kekal tabah dan tetap pendirian untuk tidak menurut kehendak mereka "bawa ke istana dan minta ampun".
 

No comments:

Post a Comment