6 November 2012
https://www.facebook.com/photo.php?fbid=401587166576305&set=a.336176583117364.73960.100001750747786&type=1
BELENGGU ATAS NAMA BEBAS
FREE AHMAD ABD JALIL
<Update kes tangkapan Ahmad Abd Jalil>
Maklumat yang kami dengar, permohonan reman Ahmad yang PERTAMA, bagi
PENAHANAN KALI KEDUA, untuk kesalahan yang SAMA, di bawah AKTA YANG
BERBEZA akan dibuat di Mahkamah Majistret petang ini.
Peguam
dalam perjalanan dari Shah Alam ke Johor Bahru pagi ini. Kami
dinasihatkan untuk ambil peguam dari luar negeri Johor kerana kes ini
melibatkan pengaruh Sultan Johor.
Ahli keluarga tidak
dimaklumkan apa-apa oleh pihak polis setakat 7.40 pagi ini. Seandainya
pendengaran permohonan tahanan reman Ahmad Abd Jalil di hadapan
Majistret dibuat di sebelah pagi (bukannya petang), nyatalah mereka
menganiyai keluarga kami.
<Update kes tangkapan Ahmad Abd Jalil>
Seorang polis Johor berpangkat tinggi kata pada ayah saya, "Perkara ni
terjadi (tangkapan kali kedua Ahmad Abd Jalil) disebabkan keluarga
pakcik AMBIL LAWYER".
Mereka terkejut dua orang lawyers muda,
Ziadi Zaidon dan Mohd Zakwan Adenan, yang mewakili Ahmad sebelum ini
berjaya bina hujah dengan baik di hadapan Majistret hingga membawa
kepada "pembebasan 5 minit" Ahmad sebelum ini.
Mereka sangkakan
kes Ahmad ini mudah dan senang untuk diuruskan. Mereka tak sangka ahli
keluarga bersatu menyokong Ahmad melalui apa cara yang termampu.
https://www.facebook.com/asiah.abdjalil.7/posts/448184211910389
<Update kes tangkapan Ahmad Abd Jalil>
Berita Harian - Polis Johor buat dua laporan polis berhubung artikel
yang tersiar dalam The Malaysian Insider dan Malaysiakini. Penulis
artikel dan saksi yang dinamakan akan dipanggil beri keterangan.
Inilah cara mereka menakutkan rakyat. Keluarga kami ditekan dengan berbagai cara, demi untuk melindungi pihak tertentu.
"<Update kes tangkapan Ahmad Abd Jalil>
Candlelight vigil at Dataran Merdeka tomorrow at 8.30pm, to demand for
Ahmad's release. Please come and show your support, we are against the
abuse of power."
<Update kes tangkapan Ahmad Abd Jalil>
Thank to the pressure, petang tadi ahli keluarga dapat jumpa lama sikit
dengan Ahmad di Mahkamah Majistret Johor Bahru, setelah 5 hari ahli
keluarga dan para peguam tidak dibenarkan sebarang access kepada Ahmad.
Ahmad dikenakan reman lagi 3 hari, kali ini di bawah Akta Multimedia
dan Komunikasi. Polis cakap pada Majistret, Ahmad baru ditahan semalam,
walhal Ahmad telahpun ditahan sejak hari Jumaat atas kesalahan yang sama
tetapi di bawah akta berbeza.
No comments:
Post a Comment