Friday, 30 November 2012

21 November 2012

https://www.facebook.com/asiah.abdjalil.7/posts/454443541284456

<DAULAT RAKYAT menentang kezaliman>

Apabila saya pos status bahawa saya tak mau Haji Hadi jadi PM kerana beristeri dua, almost instantly (less than 5 seconds) saya menerima private messages tak putus-putus - mengulas, menasihatkan, memberi amaran, condemn saya, etc.

Jangan bimbang, saya bukanlah siapa-siapa. Apa yang saya kata takkan jadi kudis pun pada yang berkenaan.

Apabila saya pos status demi status demi status tentang kezaliman sang penguasa ke atas Ahmad Abd Jalil, orang-orang ini diam membisu, sebab kena tunggu arahan pimpinan dahulu. Lagipun isu ni melibatkan Sultan, tak baik untuk pilihan raya, sedangkan dalam tempoh 20 tahun inilah masa paling sempurna untuk PAS menang besar.

Sungguh ironi bukan? Isu remeh seperti Presiden PAS kahwin dua mendapat reaksi luar biasa dari ahli yang wala', tapi isu sejagat seperti kezaliman dan ketidakadilan gagal diambil perhatian oleh mereka kerana sifat wala' telah menyekat kebebasan mereka berfikir dan membuat pertimbangan.

Saya rasa, apa saja tindakan mereka, semuanya general election-oriented. Mempertahankan Presiden PAS baik untuk pilihan raya, mempertahankan seorang rakyat yang dizalimi tidak baik untuk pilihan raya.

No comments:

Post a Comment